
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat manusia diseluruh dunia. Berpuasa bukan sahaja kena tahan lapar dan dahaga, malah seluruh badan kita perlu berpuasa. Sentuh pasal puasa, baru-baru ni aku berbuka puasa bersama-sama dengan kedua kakakku di salah sebuah restoran di Shah Alam. Tempat tu memang penuh dan ‘fully-booked’ sebab ramai umat Islam yang nak berbuka puasa kat situ dan nasib baik kami sampai awal dan dapat ‘reserved’ satu meja. Dalam pukul 7 p.m macam tu ada lah sekumpulan wanita, dalam 8 orang rasanya tempah satu meja panjang untuk buka puasa. Bukan nak kata, tapi punyalah bising diorang semua tuh..macam tempat tu diorang yang punya, tak ingat orang lain dah. Tapi lama kelamaan senyap jugak, sebab mulut dah penuh dengan makanan..hehehe! Lepas selesai buka puasa, perut pon dah kenyang dengan air-promotion-yang-memang-tak-boleh-nak-minum-langsung, maka kami bertiga pon beredar lah dari tempat tu. Kedua orang kakakku lepas tu nak berjalan-jalan cari barang, dan aku pula nak kena balik ke office sebab ada kerja yang masih belum disiapkan. Lepas je bayar tiket parking, nampak lah sebuah kereta ‘sports’ hitam dengan spoiler belakang yang agak tinggi juga lah parking dekat betul-betul depan entrance kawasan restoran tu. Terkejut juga lah mula-mula, dipikirkan siapa lah agaknya pemilik kereta ni..orang besar kah? anak raja kah? Bila dia dah keluar je dari kereta tu…laahhh! Dia ni ke rupanya..tak ade lah orang besar sangat, anak raja memang tak lah..rupanya dia ni seorang artis tempatan yang sudah lama menempa lama dalam industri hiburan tanah air. Tapi bagi aku, tempa tak tempa..kau tetap salah sebab tak ade adab..parking ikut suka hati ja..ingat bila dah jadi artis tuh, boleh park kereta kat mana-mana je? orang semua tunduk dekat kau? perdana menteri pon parking kereta kat tempat khas..apatah kau yang tak seberapa nih..memang aku buat tak hairan je lah dia lalu tepi aku..itu lah karenah artis dekat Malaysia ni. Dalam TV nampak elok je, sopan, cakap pon manis-manis tapi realitinya..perangai jauh beza! Sabar je lah..dugaan bulan puasa..harap-harap tak semua lah artis kat Malaysia macam dia tuh..amin~
-im4n-